Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.

Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2017

Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Chendering selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi, saling hormat menghormati di antara satu sama lain dan juga dapat mengeratkan silatulrahim. ...baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Perumahan Desa Keluarga YPKT Chendering bersama Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chendering telah mengadakan Majlis berbuka Puasa. Program ini bermula dari pagi sehinggalah selepas jamuan berbuka....baca selanjutnya

GURU PEMBINA BANGSA NEGARA

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

Program ini bertujuan untuk mengingatkan kembali pergorbanan para guru yang telah bersusah payah berusaha untuk memastikan generasi pada hari ini menjadi insan yang berguna dan berpendidikan dengan cara mencipta kad hari guru secara atas talian dengan menggunakan micrososft word....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 11 - 13 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

PENDAFTARAN PRASEKOLAH & TAHUN 1

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2017

Pusat Internet 1Malaysia Chendering telah membuat program Pendaftaran Pra-Sekolah & Tahun 1 kepada penduduk di dalam dan di sekitar Flat Desa keluarga YPK Chendering. Kami memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara untuk mendaftar pra sekolah dan tahun 1 secara atas talian kepada kaum ibu dan bapa. Antara kelebihan program ini adalah penduduk di dalam dan sekitar flat di sini dapat mendapatkan membuat pendaftaran di atas talian secara percuma serta pada masa yang sama mengajar menggunakan komputer dan internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & E-WASTE DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGA

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2017

Seramai 100 orang pelajar darjah 4, 5, 6 dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program Advokasi ini dijalan selama 2 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB, dan taklimat mengenai E-Waste. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI1M Chendering kepada warga sekolah. Di samping itu para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet secara positif....baca selanjutnya

PRORAM ADVOKASI & E-WASTE DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU AMPUAN MARIAM

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2017

Seramai 250 orang pelajar darjah 4, 5, 6 dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program Advokasi ini dijalan selama 2 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB, dan taklimat mengenai E-Waste. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI1M Chendering kepada warga sekolah. Di samping itu para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet secara positif....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA D’CHENDERING OPTOMETRI

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Pada 27 Januari 2017 yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chendering telah mengadakan pemeriksaan mata percuma dengan kerjasama D’Chendering Optometri di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chendering. Pemeriksaan ini terbuka kepada semua penduduk di Desa Keluarga Chendering....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN DAN TAKLIMAT PENJAGAAN KULIT MUKA DAN KECANTIKAN BERSAMA PRODUK MARY KAY

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2017

PI1M Chendering telah menyertai Program Keusahawanan dan Taklimat Penjagaan Kulit muka dan Kecantikan Bersama Produk Mary Kay. Program ini disertai lebih kurang 20 orang peserta. Dalam program tersebut wakil daripada Mary Kay telah berkongsi cara-cara penjagaan kulit dan kecantikan secara keseluruhan. Dalam bengkel tersebut juga, para peserta juga diajar bagaimana untuk melakukan asas solekan yang sesuai untuk semua jenis kulit dan bentuk muka....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti