Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kemasyhuran seorang lelaki berbangsa Cina dari negara tembok besar yang dikenali sebagai Cina Ring akhirnya membawa kepada nama sebuah kampung di daerah ini yang kekal sehingga sekarang iaitu Kampung Chendering. Menurut cerita lisan, Cina Ring adalah seorang pengusaha ikan kering yang sangat terkenal sehingga dia berjaya mengeksport ikan kering ke luar negara melalui kapal dagang dari Singapura yang berlabuh di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 1970-an. Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.

Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera. Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PROGRAM WORLD QURAN HOUR DI PERPUSTAKAAN DESA CHENDERING

Aktiviti Terkini | 07 Jun 2018

WORLD #QuranHour boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara....baca selanjutnya

PROGRAM PENGAGIHAN SIMPACK MYAGRO DI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) CHENDERING

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2018

Seramai 430 orang yang telah menerima simpack di bawah Projek agriculture Flagship (Agf) Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro. Penerima-penerima tersebut adalah di kalangan nelayan tulen tempatan dan ada di kalangan mereka yang terlibat dengan aktiviti pemasaran dan keusahawanan.Penyerahan Wang elaun Sara Hidup oleh Pegawai LKIM...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PROGRAM MENGHUBUNG MENYATU @ MINDA (MALAYSIA INKLUSIF NEGARA DIGITAL)

Aktiviti Terkini | 05 - 07 April 2018

Pameran ini berkonsep merakyatkan komunikasi/ pendigitalan itu berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 sehingga 7 April 218. Pameran anjuran KKMM ini turut disertai oleh pelbagai agensi di bawah KKMM berperanan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai visi dan fungsi agensi-agensi di bawah kementerian ini selain mendapatkan maklumat secara berkesan, cepat dan tepat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PESTA BUKU @PPAT 2018

Aktiviti Terkini | 02 & 03 April 2018

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Antaranya persembahan artis cilik Muhammad Irfan Yusmanizam atau lebih dikenali sebagai Mat ipang, pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI FESTIVAL PEKAN BUDAYA

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Mac 2018

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengungjung yang hadir ke booth Pusat Internet 1Malaysia seperti teka silang kata, dam ular ICT, mencari perbezaan gambar, Kuiz Klik Dengan Bijak dan Check Your Label....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PEJABAT DAERAH DUNGUN, TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2018

Sepanjang Program Advokasi ini berlangsung terdapat pelbagai slot yang dijalankan seperti memperkenalkan PI1M kepada semua kakitangan awam, memberi pendedahan dan kesedaran penggunaan internet,demo 3D Printer, kahoot dan lain-lain....baca selanjutnya

HEBAHAN PROGRAM BAHASA INGGERIS INTENSIF PASCA SPM 2018 SESI-II

Aktiviti Terkini | 11 - 19 Februari 2018

Pihak Pusat Bahasa Terengganu (PBT) akan mengadakan Program Bahasa Inggeris Pasca SPM 2018 Sesi-II yang bermula pada 11.2.2018 (Ahad) sehingga 19.3.2018 (Isnin). Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di samping memberi pendedahan awal tentang penggunaan Bahasa Inggeris di peringkat Universiti/Kolej dan seumpamanya....baca selanjutnya

Permohonan Zakat MAIDAM Online

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018

Tujuan program ini adalah untuk mengajar komuniti di sekitar PI1M Chendering menggunakan komputer dan internet serta memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara untuk memohon zakat MAIDAM secara atas talian.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti